Saturday, February 20, 2010

minngu keempat

PENULISAN JURNAL
MINGGU KEEMPAT ( 08/02/2010 –12/02/2010 )

1. MASALAH / CABARAN
Bermula pada minggu ini, pihak sekolah mengadakan latihan sukan secara bergilir-gilir degan rumah sukan yang lain. Saya adalah guru penasihat rumah biru. Saya menduduki rumah biru sejak tahun lepas. Pada tahun lepas rumah biru telah menduduki tempat ketiga secara keseluruhan. Latihan rumah sudah bermula dalam minggu ini sejak hari Selasa lagi. Pada minggu ini saya merasa sangat sibuk sehinggakan saya tidak mempunyai masa yang cukup untuk menguruskan diri sendiri dan tidak sempat untuk menyusun isi kandungan portfolio mingguan saya.
Sesekali hati berbisik, saya sedang dalam praktikum. Memang patut saya sibuk. Terlalu banyak yang perlu saya lakukan, menyediakan laporan aktiviti mingguan, menyediakan laporan sukan dan banyak lagi yang perlu saya lakukan dalam satu minggu. Saya merasa terlalu sibuk dan kekurangan masa. Kadangkala terdetik di dalam hati satu pertanyaan, adalak saya mampu untuk melakukan semua ini dalam tempoh satu minnggu? Adakah apa yang saya lakukan ini akan memberi impak yang besar dalam hidup saya atau sebaliknya?

2. ANALISIS MASALAH
Masalah kekurangan masa ini membuatkan saya sentiasa membuat sesuatu perkara itu secar terburu-buru dan ingin cepat menyiapkan tugasan yang harus dibuat setiap hari. Saya semakin kurang perhatian pada rutin harian saya dan tidak mempunyai masa untuk menguruskan diri sendiri. Masalah ini terjadi kerana mungkin juga saya selalu menangguhkan kerja-kerja harian saya dan ini membuatkan kerja semakin banyak. Setiap hari akan ada kerja baru yang perlu saya lakukan. Saya sepatutmya tidak menangguhkan kerja pada hari ini untuk dibawa untuk hari esok.
Sebelum ini pun saya pernah melalui saat-saat seperti ini yang mana saya tidak mempunyai masa yang cukup untuk menguruskan diri sendiri tetapi keletihan sehari-harian bekerja membuatkan saya selalu menangguhkan kerja pada hari ini untuk hari esok. Ini membuatkan kerja semakin banyak. Masa sangat singkat dan pendek bagi ku.
3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

i. Membuat perbincangann dengan rakan sejawatan untuk mendapatkan nasihat cara pengurusan masa yang terbaik..
ii. Berbincang dengan guru pembimbing untuk mendapatkan pandangan bagi mengatasi masalah ini.
iii. Menyiapkan segala kerja-kerja harian, mingguan dan sebagainya pada hari yang telah ditetapkan dan tidak ditangguhkan.
iv. Sentiasa merancang jadual harian yang efektif dan fleksibal mengikut keupayaan diri supaya tidak menjejaskan perhatian saya pada pengurusan diri dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang saya akan lakukan pada hari yang akan datang.

4. TEMPOH MASA PENYELESAIAN
Permasalahan yang saya hadapi ini mungkin memakan masa selama beberapa minggu untuk diperbaiki. Pengurusan masa sememangnya amat penting bagi saya. Saya akan cuba membuat segala kerja yang tertangguh secepat yang mungkin.

5. TINDAKAN SUSULAN
Saya akan membuat jadual kerja harian saya agar tidak kesuntukan masa untuk menyiapkan kerja harian saya. Saya tahu kerja sebagai pendidik ini terlalu banyak yang perlu dilakukan lebih-lebih lagi ketika dalam sesi praktikum ini. Saya berasa semangat untuk melakukan semua aktiviti supaya segalanya berjalan dengan lancar dan teratur tanpa mengganggu urusan harian saya di rumah.
Walaupun tidak dapat menangani masalah ini dengan sepenuhnya dalam minggu ini namun saya akan cuba melakukan apa yang terbaik untuk memperbaiki kelemahan saya seterusnya meningkatkan lagi prestasi saya sebagai seorang pendidik yang terbilang.

minggu ketiga

PENULISAN JURNAL
MINGGU KETIGA ( 01/02/2010 –05/02/2010 )

1. MASALAH / CABARAN
Rutin harian saya seperti biasa, saya akan bangun seawal 4.30 pagi. Saya tinggal di Kajang dan mengajar di Sekolah Ulu Yam Bharu di daerah Hulu Selangor. Satu bebanan yang agak berat bagiku untuk melalui hari-hari seperti ini. Namun ku kuatkan semangat untuk meneruskan sesi praktikum ini. Setelah bersiap, saya akan bertolak pukul 5.45 pagi seperti biasa. Tetapi pada pagi ini, saya terasa seperti terlalu mengantuk dan rasa tidak sedap hati. Mungkin ada sesuatu yang bakal berlaku kepada ku. Dalam keadaan kelam kabut, kaki ini terus melangkah menuju ke kereta dan menghidupkan enjin kereta. Saya terasa pagi ini saya harus cepat sampai ke sekolah. Saya perlu menyiapkan bahan bantu mengajar dan beberapa perkaran yang perlu saya uruskan segera.
Sampai waktunya saya meneruskan perjalanan. Dalam keadaan kelam kabut, masa sudah melewati pukul 7.20 pagi. Saya menekan minyak dan meningkatkan lagi kelajuan kereta. Walaupun di simpang dan selekoh ku teruskan juga perjalanan agar segera sampai ke destinasi dan tidak lewat ke sekolah.
Dalam keadaan terburu-buru tiba-tiba….Prangghhh!! Ya Allah…! Saya seolah-olah tersedar dari lamunan yang panjang. Kereta ku telah berlanggar dengan kereta orang lain. Rupa-rupanya dalam keadaan tidak sedar, saya telah memasuki jalan yang bertentangan di satu selekoh. Saya rasa sudah cukup berhati-hati namun ini yang terjadi. Hati ini berdebar-debar menunggu apa yang bakal terjadi seterusnya. Saya rasa seperti hendak pengsan di tepi jalan itu melihat kereta ku yang bercalar dan kemek. Ya Allah..kuatkanlah semangat ku. Dalam hati ini berbisik satu perkara, CUAI ! Saya betul-betul memarahi diri sendiri.

2. ANALISIS MASALAH
Saya memarahi diri sendiri. Sepatutnya pagi-pagi yang segar ini aku lebih bersedia dan berhati-hati memandangkan jalan yang saya lalui ini agak sempit. Tetapi saya telah menyalahgunakan jalan raya dengan memecut laju kerana ingin mengejar masa untuk ke sekolah. Peristiwa ini terjadi ketika dalam perjalanan ku ke sekolah. Ini membuatkan saya bertambah lewat untuk ke sekolah.
Sesampainya di sekolah, perhimpunan telah pun bermula. Fikiran ku betul-betul bercelaru. Bagaimana keadaan begini boleh berlaku? Apa masalah ku sebenarnya pada pagi ini? Adakah kerana kelewatan ku ke sekolah, segala apa yang ku lakukan serba tidak kena? Saya betul-betul cuai pada pagi ini! Rasa terburu-buru dan bersalah menyelubungi diri. Saya rasa betul-betul tertekan. Perkara seperti ini betul-betul mengganggu emosi ku sepanjang hari ini. Sedikit sebanyak perkaran ini menjejaskan perhatian ku pada proses pengajaran dan pembelajaran. Saya tahu, sebagai guru saya harus pandai mengendalikan masalah. Inilah risikonya apabila tinggal jauh daripada sekolah. Dalam perjalanan satu jam tiga puluh minit di atas jalan raya, pelbagai perkara boleh terjadi. Namun akan ku kuatkan semangat.
Sebelum ini saya selalu tertanya-tanya, apa sebenarnya yang menyebabkan sesuatu kemalangan berlaku? Namun hari ini, ku mengerti bahawa setiap kemalangan yang berlaku pasti ada penyebabnya. Mungkin saya bertolak lewat pada hari itu yang menyebabkan saya terburu-buru mengejar waktu ke sekolah. Padahal sekolah itu tidak akan lari dari tempatnya. Saya harus berhati-hati. Keselamatan itu yang lebih penting. Saya yakin semua orang tidak mahukan kemalangan terjadi, namun ‘malang tidak berbau’. Tetapi saya sepatutnya ‘sediakan payung sebelum hujan’ untuk keselamatan saya. Jangan samapai ‘sudah terhantuk baru nak tergadah’.

CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

i. Bersedia lebih awal pada malam hari untuk mengelakkan kelam kabut pada awal keesokkan pagi.
ii. Berusaha untuk mencari rumah yang lebih dekat dengan sekolah agar mudah saya untuk ke sekolah dan tidak mengalami kesukaran.
iii. Memandu kereta dengan lebih berhati-hati dan tidak tergopoh gapah untuk sampai ke sekolah.
iv. Menyesuaikan diri dengan masalah serta menguruskan masalah dengan baik.

3. TEMPOH MASA PENYELESAIAN
Permasalahan yang saya hadapi ini memakan masa yang agak panjang kerana saya mengalami kesukaran untuk mendapatkan rumah di kawasan yang berdekatan dengan sekolah. Saya hanya mampu berusaha untuk mencari rumah melalui informasi rakan-rakan sekerja. Saya berharap agar saya dapat mencari rumah dan lebih berhati-hati di jalan raya agar perkara yang sama tidak berulang lagi.

4. TINDAKAN SUSULAN
Saya akan menumpukan perhatian terhadap permasalahan yang saya hadapi dalam usaha untuk menyelesaikannya. Saya akan cuba meningkatkan usaha untuk mencari dan bertanya rakan-rakan tenyang rumah kosong yang ingin disewakan. Saya juga akan pastikan segala peralatan dan perancangan untuk mengajar disediakan lebih awal supaya saya tidak kelam kabut untuk pergi kesekolah pada keesokan harinya. Saya juga akan lebih berhati-hati dan tidak akan cuai dalam melakukan sesuatu seperti memandu kereta di awal pagi. Saya pasti jika saya lebih berhati-hati dan bersedia saya akan datang ke sekolah dengan tenang tanpa perassaan terburu-buru yang mengakibatkan kemalangan berlaku.
Saya berharap kecuaian ini tidak akan berlaku lagi. Ibarat kata pepatah memang “malang tidak berbau”. Namun. Saya haruslah “sediakan payung sebelum hujan” supaya tidah terjadi “sudah terhantuk baru nak tergadah”. Walaupun tidak dapat menangani masalah ini dengan sepenuhnya dalam masa terdekat ini, saya akan cuba melakukan apa yang terbaik untuk anak-anak murid ku demi memartabatkan institusi pendidikan untuk masa hadapan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan tahun 2006-2010.

minggu kedua

PENULISAN JURNAL
MINGGU KEDUA ( 22/02/2010 –29/01/2010 )

1. MASALAH / CABARAN
Saya telah diamanahkan untuk mengajar kelas 1 Intelligent pada tahun 2010. Sepanjang 2 minggu sesi persekolahan bermula, saya tidak menghadapi masalah ini kerana murid-murid tahun 1 masih di dalam Program Orientasi dan saya tidak dapat lagi menentukan siapa yang layak mengikuti kelas pemulihan jawi ini. Tetapi setelah 3 minggu mengajar mereka Iqra’ dan Jawi saya mendapati masalah mereka yang paling serius adalah tahap pengetahuan mereka yang sangat rendah. Mereka seolah – olah tidak pernah mendengar sebuatan huruf-huruf yang saya ajar dan agak lambat untuk menerima pembelajaran dari saya. Sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran saya, saya rasa agak sukar untuk mengajar mereka mengikut sukatan pelajaran yang telah ditetapkan. Kadang-kadang saya terpaksa mengubah rancangan pengajaran saya kerana rancangan tersebut perlu ketepatan objektif dan masa

2. ANALISIS MASALAH
Masalah murid berpengetahuan terlalu rendah ini sangat membimbangkan saya kerana murid-murid ini perlu diberikan perhatian yang lebih dan saya tidak dapat untuk mengikut sukatan yang sebenarnya. Saya yakin bahawa punca murid-murid ini terlalu lemah dalam pengetahuannya adalah kerana mereka kurang diberikan pendedahan dan perhatian kepada huruf-huruf dan perkataan-perkataan jawi berbanding Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Tulisan jawi ini seolah-olah dipinggirkan kerana fungsinya kurang digunakan di zaman sekarang.
Selain tu juga, saya dapati masalah ini terjadi adalah kerana mereka tidak dapat memberikan perhatian yang sepenuhnya kepada proses pembelajaran saya. Kebanyakkan mereka adalah murid-murid yang nakal dan kurang berminat untuk belajar. Jadi disinilah cabaran saya sebagai seorang guru untuk mendidik mereka supaya mereka mahir serta minat mengeja dan membaca jawi seterusnya menguasai jawi tersebut. Bahan bantu telah saya sediakan untuk memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran saya terhadap murid – murid ini tetapi mereka hanya dapat menumpukan perhatian sebentar sahaja.
3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

i. Memberi nasihat dan semangat kepada murid agar sentiasa memberikan perhatian kepada sesi pengajaran dan pembelajaran.
ii. Berbincang dengan guru pembimbing untuk mendapatkan pandangan bagi mengatasi masalah ini.
iii. Menyediakan bahan bantu dan aktiviti yang dapat menarik minat mereka sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.
iv. Merancang satu aktiviti secara tidak langsung di dalam kelas agar mereka ingat huruf-huruf jawi tersebut iaitu aktiviti menggantung kad-kad huruf di leher murid pemulihan jawi ini dan meminta agar semua murid dan guru memanggil nama mereka dengan huruf tersebut pada hari itu.

4. TEMPOH MASA PENYELESAIAN
Permasalahan yang saya hadapi ini memakan masa yang agak panjang kerana kesannya tidak dapat dilihat dalam masa terdekat. Dalam masa yang sama, saya akan mencari alternatif lain untuk murid-murid pemulihan ini senang untuk mengingat huruf-huruf tersebut. Dan saya berharap sebelum habis sesi praktikum saya, aktiviti ini menampakkan hasil yang baik dan boleh dilanjutkan lagi selepas sesi praktikum saya ini.

5. TINDAKAN SUSULAN
Saya akan menumpukan perhatian terhadap permasalahan yang saya hadapi dalam usaha untuk menyelesaikannya. Saya akan cuba melakukan aktiviti yang dirancang ini dalam masa yang terdekat agar saya boleh melihat hasilnya tidak lama lagi. Walaupun tidak dapat menangani masalah ini dengan sepenuhnya namun saya akan cuba melakukan apa yang terbaik untuk mereka demi memartabatkan serta membangunkan modal insan di masa hadapan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan tahun 2006-2010.

minggu pertama

PENULISAN JURNAL
MINGGU PERTAMA ( 18/02/2010 – 22/01/2010 )

Saya memulakan sesi praktikum saya pada 18hb Januari 2010 mengikut jadual yang ditetapkan. Pada tahun ini saya telah diamanahkan untuk mengajar tahun 1 dan tahun 2. Seminggu sebelum memulakan praktikum ini, saya telah pun bersiap sedia dalam mengatur jadual dan mula merancang sesi pengajaran dan pembelajaran saya serta bahan-bahan bantu mengajar untuk pengajaran saya. Alhamdulillah, saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana segalanya berjalan dengan lancar. Jadual waktu juga tiada masalah kerana tidak berubah sejak saya diberikan jadual ini pada awal sesi persekolahan 2 minggu yang lalu.
Dua minggu sebelum bermula sesi praktikum saya, sekolah ini telah mengadakan Program Orientasi Transisi Penyayang untuk murid Tahun 1. Program ini berlarutan sehingga minggu ketiga dalam bulan Januari iaitu seminggu setelah bermulanya sesi praktikum saya. Oleh kerana saya telah diamanahkan untuk mengajar Tahun 1, pengajaran dan pembelajaran untuk Tahun 1 tidak dapat dijalankan kerana masih lagi dalam Program Orientasi Transisi Penyayang. Saya turut terlibat di dalam program ini sebagai Ahli Jawatankuasa program tersebut. Namun sesi pengajaran dan pembelajaran saya untuk Tahun 2 berjalan seperti apa yang dirancangkan mengikut jadual waktu yang telah ditetapkan.
Sepanjang program ini saya telah ditugaskan untuk mengendalikan beberapa aktiviti terutamanya aktiviti di dalam kelas. Aktiviti-aktiviti tersebut adalah lawatan infrastruktur sekolah, aktiviti di dalam kelas, melukis serta mewarna gambar dan banyak lagi aktiviti-aktiviti lain. Disini saya dapat lihat pelbagai kerenah murid-murid tahun satu yang memasuki alam persekolahan. Murid-murid tahun satu ini juga mahir dalam aktiviti-aktiviti tersebut kerana kebanyakkan mereka telah mengikuti pengajian pra sekolah sebelum melangkah ke alam sekolah rendah.



1. MASALAH
Pada minggu pertama praktikum ini, saya merasa agak kekok untuk memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan tugas-tudas yang banyak seperti menyediakann bahan bantu mengajar, menyediakan rancangan mengajar dengan terperinci serta menyediakan portfolio serta jurnal mingguan yang perlu disediakan setiap minggu. Proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar tetapi ada beberapa masalah yang saya hadapi.
Sesi pertama pengajaran dan pembelajaran, saya menghadapi masalah pengurusan masa. Saya sedar sebagai seorang pendidik, masa amat penting dah harus digunakan dengan baik untuk proses pengajaran Masalah ini menyebabkan sesi pengajaran dan pembelajaran saya berakhir lewat seperti yang dirancangkan. Kesan daripada kelewatan tersebut, masa untuk satu-satu langkah yang dirancangkan dalam buku Rancangan Pengajaran Harian saya telah berubah dan tidak menepati masa yang ditetapkan. Selain itu masalah yang saya hadapi adalah susun atur bahan bantu mengajar yang tidak tersusun dan berselerak semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta masalah dalam ejaan jawi di dalam buku rancangan pengajaran harian yang perlu diperbaiki.

2. ANALISIS
Masalah pengurusan masa berlaku kerana kelewatan murid-murid untuk hadir ke bilik j-Qaf kerana sesi pengajaran dan pembelajaran saya berlaku di sana. Ini menyebabkan semua masa untuk aktiviti didalam buku Rancangan Pengajaran Harian saya beranjak dan tidak tepat seperti apa yang dirancang. Saya perlu mengingatkan murid-murid saya tentang ketepatam masa untuk ke bilik j-Qaf sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran saya.
Segala bahan bantu telah saya sediakan dan memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran saya berlaku di bilij j-Qaf ini. Semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran ini juga, bahan bantu mengajar saya tidak disusun dengan teratur mengikut langkah-langkah yang dirancang. Masalah ini berlaku kerana saya tidak dapat membiasakan diri untuk menggunakan bahan bantu mengajar yang banyak dalam proses pengajaran dan pembelajaran saya. Saya perlu lebih bersedia agar segala bahan bantu mengajar dapat diselaenggarakan dengan baik.
Selain itu masalah ejaan dalam rancangan mengajar harian saya juga akan segera saya atasi dan membuat pembetulan secepat mungkin untuk kebaikan pada masa akan datang dan memartabatkan lagi tulisan jawi untuk generasi akan datang.

3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

i. Berbincang dengan rakan sejawatan supaya saya dapat sama-sama menyelesaikan masalah ini.
ii. Berbincang dengan guru pembimbing untuk mendapatkan pandangan daripada beliau.
iii. Mengingatkan murid untuk hadir ke bilik j-Qaf tepat pada masa yang ditetapkan.
iv. Bersedia dengan lebih awal sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran saya agar bahan bantu mengajar dapat disusun dengan baik.
v. Membanyakkan lagi bacaan dalam tulisan jawi agar tidak tersalah ejaan dalam menulis rancangan pengajaran harian.

4. TEMPOH MASA PENYELESAIAN
Saya mengaharapkan agar penyelesaian bagi masalah ini dapat diatasi pada akhir minggu ini agar saya boleh menjalani praktikum pada minggu hadapan dengan lancar dan baik.

5. TINDAKAN SUSULAN
Saya akan bersedia lebih awal sebelum sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku dan mengingatkan murid-murid saya agar datang ke bilik j-Qaf dengan lebih awal dan memastikan masa yang diambil untuk satu-satu aktiviti berjalan dengan tepat sepertimana yang dirancang di dalam buku Rancangan Pengajaran Harian saya.
seandainya dunia tiada warna tetapkan ku kagumi...
indah maya alam ciptaan Nya..
kudrat Nya ku akui...