PENULISAN JURNAL
MINGGU KETIGA ( 01/02/2010 –05/02/2010 )
1. MASALAH / CABARAN
Rutin harian saya seperti biasa, saya akan bangun seawal 4.30 pagi. Saya tinggal di Kajang dan mengajar di Sekolah Ulu Yam Bharu di daerah Hulu Selangor. Satu bebanan yang agak berat bagiku untuk melalui hari-hari seperti ini. Namun ku kuatkan semangat untuk meneruskan sesi praktikum ini. Setelah bersiap, saya akan bertolak pukul 5.45 pagi seperti biasa. Tetapi pada pagi ini, saya terasa seperti terlalu mengantuk dan rasa tidak sedap hati. Mungkin ada sesuatu yang bakal berlaku kepada ku. Dalam keadaan kelam kabut, kaki ini terus melangkah menuju ke kereta dan menghidupkan enjin kereta. Saya terasa pagi ini saya harus cepat sampai ke sekolah. Saya perlu menyiapkan bahan bantu mengajar dan beberapa perkaran yang perlu saya uruskan segera.
Sampai waktunya saya meneruskan perjalanan. Dalam keadaan kelam kabut, masa sudah melewati pukul 7.20 pagi. Saya menekan minyak dan meningkatkan lagi kelajuan kereta. Walaupun di simpang dan selekoh ku teruskan juga perjalanan agar segera sampai ke destinasi dan tidak lewat ke sekolah.
Dalam keadaan terburu-buru tiba-tiba….Prangghhh!! Ya Allah…! Saya seolah-olah tersedar dari lamunan yang panjang. Kereta ku telah berlanggar dengan kereta orang lain. Rupa-rupanya dalam keadaan tidak sedar, saya telah memasuki jalan yang bertentangan di satu selekoh. Saya rasa sudah cukup berhati-hati namun ini yang terjadi. Hati ini berdebar-debar menunggu apa yang bakal terjadi seterusnya. Saya rasa seperti hendak pengsan di tepi jalan itu melihat kereta ku yang bercalar dan kemek. Ya Allah..kuatkanlah semangat ku. Dalam hati ini berbisik satu perkara, CUAI ! Saya betul-betul memarahi diri sendiri.
2. ANALISIS MASALAH
Saya memarahi diri sendiri. Sepatutnya pagi-pagi yang segar ini aku lebih bersedia dan berhati-hati memandangkan jalan yang saya lalui ini agak sempit. Tetapi saya telah menyalahgunakan jalan raya dengan memecut laju kerana ingin mengejar masa untuk ke sekolah. Peristiwa ini terjadi ketika dalam perjalanan ku ke sekolah. Ini membuatkan saya bertambah lewat untuk ke sekolah.
Sesampainya di sekolah, perhimpunan telah pun bermula. Fikiran ku betul-betul bercelaru. Bagaimana keadaan begini boleh berlaku? Apa masalah ku sebenarnya pada pagi ini? Adakah kerana kelewatan ku ke sekolah, segala apa yang ku lakukan serba tidak kena? Saya betul-betul cuai pada pagi ini! Rasa terburu-buru dan bersalah menyelubungi diri. Saya rasa betul-betul tertekan. Perkara seperti ini betul-betul mengganggu emosi ku sepanjang hari ini. Sedikit sebanyak perkaran ini menjejaskan perhatian ku pada proses pengajaran dan pembelajaran. Saya tahu, sebagai guru saya harus pandai mengendalikan masalah. Inilah risikonya apabila tinggal jauh daripada sekolah. Dalam perjalanan satu jam tiga puluh minit di atas jalan raya, pelbagai perkara boleh terjadi. Namun akan ku kuatkan semangat.
Sebelum ini saya selalu tertanya-tanya, apa sebenarnya yang menyebabkan sesuatu kemalangan berlaku? Namun hari ini, ku mengerti bahawa setiap kemalangan yang berlaku pasti ada penyebabnya. Mungkin saya bertolak lewat pada hari itu yang menyebabkan saya terburu-buru mengejar waktu ke sekolah. Padahal sekolah itu tidak akan lari dari tempatnya. Saya harus berhati-hati. Keselamatan itu yang lebih penting. Saya yakin semua orang tidak mahukan kemalangan terjadi, namun ‘malang tidak berbau’. Tetapi saya sepatutnya ‘sediakan payung sebelum hujan’ untuk keselamatan saya. Jangan samapai ‘sudah terhantuk baru nak tergadah’.
CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI
i. Bersedia lebih awal pada malam hari untuk mengelakkan kelam kabut pada awal keesokkan pagi.
ii. Berusaha untuk mencari rumah yang lebih dekat dengan sekolah agar mudah saya untuk ke sekolah dan tidak mengalami kesukaran.
iii. Memandu kereta dengan lebih berhati-hati dan tidak tergopoh gapah untuk sampai ke sekolah.
iv. Menyesuaikan diri dengan masalah serta menguruskan masalah dengan baik.
3. TEMPOH MASA PENYELESAIAN
Permasalahan yang saya hadapi ini memakan masa yang agak panjang kerana saya mengalami kesukaran untuk mendapatkan rumah di kawasan yang berdekatan dengan sekolah. Saya hanya mampu berusaha untuk mencari rumah melalui informasi rakan-rakan sekerja. Saya berharap agar saya dapat mencari rumah dan lebih berhati-hati di jalan raya agar perkara yang sama tidak berulang lagi.
4. TINDAKAN SUSULAN
Saya akan menumpukan perhatian terhadap permasalahan yang saya hadapi dalam usaha untuk menyelesaikannya. Saya akan cuba meningkatkan usaha untuk mencari dan bertanya rakan-rakan tenyang rumah kosong yang ingin disewakan. Saya juga akan pastikan segala peralatan dan perancangan untuk mengajar disediakan lebih awal supaya saya tidak kelam kabut untuk pergi kesekolah pada keesokan harinya. Saya juga akan lebih berhati-hati dan tidak akan cuai dalam melakukan sesuatu seperti memandu kereta di awal pagi. Saya pasti jika saya lebih berhati-hati dan bersedia saya akan datang ke sekolah dengan tenang tanpa perassaan terburu-buru yang mengakibatkan kemalangan berlaku.
Saya berharap kecuaian ini tidak akan berlaku lagi. Ibarat kata pepatah memang “malang tidak berbau”. Namun. Saya haruslah “sediakan payung sebelum hujan” supaya tidah terjadi “sudah terhantuk baru nak tergadah”. Walaupun tidak dapat menangani masalah ini dengan sepenuhnya dalam masa terdekat ini, saya akan cuba melakukan apa yang terbaik untuk anak-anak murid ku demi memartabatkan institusi pendidikan untuk masa hadapan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan tahun 2006-2010.
No comments:
Post a Comment