Saturday, February 20, 2010

minngu keempat

PENULISAN JURNAL
MINGGU KEEMPAT ( 08/02/2010 –12/02/2010 )

1. MASALAH / CABARAN
Bermula pada minggu ini, pihak sekolah mengadakan latihan sukan secara bergilir-gilir degan rumah sukan yang lain. Saya adalah guru penasihat rumah biru. Saya menduduki rumah biru sejak tahun lepas. Pada tahun lepas rumah biru telah menduduki tempat ketiga secara keseluruhan. Latihan rumah sudah bermula dalam minggu ini sejak hari Selasa lagi. Pada minggu ini saya merasa sangat sibuk sehinggakan saya tidak mempunyai masa yang cukup untuk menguruskan diri sendiri dan tidak sempat untuk menyusun isi kandungan portfolio mingguan saya.
Sesekali hati berbisik, saya sedang dalam praktikum. Memang patut saya sibuk. Terlalu banyak yang perlu saya lakukan, menyediakan laporan aktiviti mingguan, menyediakan laporan sukan dan banyak lagi yang perlu saya lakukan dalam satu minggu. Saya merasa terlalu sibuk dan kekurangan masa. Kadangkala terdetik di dalam hati satu pertanyaan, adalak saya mampu untuk melakukan semua ini dalam tempoh satu minnggu? Adakah apa yang saya lakukan ini akan memberi impak yang besar dalam hidup saya atau sebaliknya?

2. ANALISIS MASALAH
Masalah kekurangan masa ini membuatkan saya sentiasa membuat sesuatu perkara itu secar terburu-buru dan ingin cepat menyiapkan tugasan yang harus dibuat setiap hari. Saya semakin kurang perhatian pada rutin harian saya dan tidak mempunyai masa untuk menguruskan diri sendiri. Masalah ini terjadi kerana mungkin juga saya selalu menangguhkan kerja-kerja harian saya dan ini membuatkan kerja semakin banyak. Setiap hari akan ada kerja baru yang perlu saya lakukan. Saya sepatutmya tidak menangguhkan kerja pada hari ini untuk dibawa untuk hari esok.
Sebelum ini pun saya pernah melalui saat-saat seperti ini yang mana saya tidak mempunyai masa yang cukup untuk menguruskan diri sendiri tetapi keletihan sehari-harian bekerja membuatkan saya selalu menangguhkan kerja pada hari ini untuk hari esok. Ini membuatkan kerja semakin banyak. Masa sangat singkat dan pendek bagi ku.
3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

i. Membuat perbincangann dengan rakan sejawatan untuk mendapatkan nasihat cara pengurusan masa yang terbaik..
ii. Berbincang dengan guru pembimbing untuk mendapatkan pandangan bagi mengatasi masalah ini.
iii. Menyiapkan segala kerja-kerja harian, mingguan dan sebagainya pada hari yang telah ditetapkan dan tidak ditangguhkan.
iv. Sentiasa merancang jadual harian yang efektif dan fleksibal mengikut keupayaan diri supaya tidak menjejaskan perhatian saya pada pengurusan diri dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang saya akan lakukan pada hari yang akan datang.

4. TEMPOH MASA PENYELESAIAN
Permasalahan yang saya hadapi ini mungkin memakan masa selama beberapa minggu untuk diperbaiki. Pengurusan masa sememangnya amat penting bagi saya. Saya akan cuba membuat segala kerja yang tertangguh secepat yang mungkin.

5. TINDAKAN SUSULAN
Saya akan membuat jadual kerja harian saya agar tidak kesuntukan masa untuk menyiapkan kerja harian saya. Saya tahu kerja sebagai pendidik ini terlalu banyak yang perlu dilakukan lebih-lebih lagi ketika dalam sesi praktikum ini. Saya berasa semangat untuk melakukan semua aktiviti supaya segalanya berjalan dengan lancar dan teratur tanpa mengganggu urusan harian saya di rumah.
Walaupun tidak dapat menangani masalah ini dengan sepenuhnya dalam minggu ini namun saya akan cuba melakukan apa yang terbaik untuk memperbaiki kelemahan saya seterusnya meningkatkan lagi prestasi saya sebagai seorang pendidik yang terbilang.

No comments:

Post a Comment